Southern Score rekod pendapatan RM67.3 juta - Utusan Malaysia

Southern Score rekod pendapatan RM67.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Southern Score Builders Bhd. (Southern Score), merekodkan pendapatan dan keuntungan operasi masing-masing sebanyak RM67.3 juta dan RM16.2 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 2023 (Q3FY2023).

Southern Score dalam satu kenyataan berkata, kumpulan itu turut mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM177.8 juta dan keuntungan operasi sebanyak RM40.3 juta bagi tempoh sembilan bulan pertama bagi tahun kewangan 2023 (9M FY2023).

Kumpulan turut mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM16.1 juta bagi Q3FY2023 dan RM25.6 juta untuk 9M FY2023, didorong kemajuan projek yang sedang berjalan.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Southern Score, Gan Yee Hin berkata, kumpulan menanggung perbelanjaan pentadbiran seperti gaji, upah, perbelanjaan susut nilai dan kos kewangan yang timbul terutamanya daripada liabiliti pajakan kewangan.

Katanya, kumpulan juga terpaksa mengenakan perbelanjaan pemerolehan terbalik sekali sahaja sebanyak RM14.63 juta kepada penyata untung atau rugi disatukan dan pendapatan komprehensif lain masing-masing bagi 2QFY2023 dan 9MFY2023 masing-masing.

“Jika tidak disebabkan perbelanjaan ini, Southern Score pasti dapat mencatat PBT sebanyak RM14.2 juta dan RM40.2 juta masing-masing untuk 2QFY2023 dan 9MFY2023,” katanya.

Yee Hin turut menyifatkan kejayaan Southern Score merekodkan hasil sebanyak RM67 juta dan PBT sebanyak RM16 juta bagi 3QFY2023 memberi gambaran lebih baik bagi trajektori pendapatan kumpulan pada masa hadapan.

“Bagi tempoh beberapa suku akan datang pendapatan kami dilihat bakal dipacu oleh pelaksanaan dan penyampaian yang mantap bagi semua projek pembinaan kami yang sedang berjalan.

“Keperluan yang semakin meningkat untuk kediaman bertingkat dengan harga berpatutan di kawasan Greater Kuala Lumpur yang berpenduduk padat akan mendorong permintaan untuk perkhidmatan pembinaan dan kebolehan pengurusan projek kami.

“Oleh itu, saya optimis memandangkan pengetahuan kami yang mendalam tentang industri hartanah dan pembinaan, Southern Score berada dalam kedudukan utama ketika kami mengembangkan jejak dan portfolio projek,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.