PETALING JAYA: Pengenalan minyak Shell FuelSave 95 baharu, memberi penjimatan petrol dan lebih perjalanan kepada pemandu di Malaysia yang berdepan kenaikan kos hidup.
Ia hasil kajian selama lima tahun membabit 150 saintis bagi mempertingkatkan formula bahan api sedia ada.
Bagi menguji sejauh mana bahan api baharu itu mampu memberi perjalanan lebih jauh, Shell telah mengadakan Shell FuelSave 95 Challenge 2023 di peringkat zon selama empat minggu yang berjaya menarik penyertaan 2,000 peserta.
Dalam cabaran itu, terdapat peserta berjaya merekodkan perjalanan melebihi 27 kilometer per liter. Cabaran itu dilanjutkan di peringkat pusat dengan seorang peserta, Chin Li Qin terpilih sebagai Pemandu Paling Efisien apabila mencatatkan perbatuan sebanyak 28.23 kilometer sekali gus muncul juara keseluruhan.
Kemenangan itu membolehkan Li Qin membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.
Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia, Seow Lee Ming berkata, melalui cabaran itu, Shell bukan sahaja dapat mengukur penjimatan bahan api yang diperoleh pelanggan bagi setiap tangki penuh Shell FuelSave 95, tetapi juga dapat menyaksikan pelanggan mencapai perbatuan yang menakjubkan.
“Ia seterusnya membuktikan Shell FuelSave 95 baharu ternyata lebih jauh,” katanya.
Jelas beliau, minyak baharu itu hasil inovasi terbaharu Shell yang memberikan perjalanan lebih jauh sehingga 15 kilometer untuk setiap tangki.
Justeru katanya, pengguna di Malaysia boleh menikmati penjimatan bahan api yang lebih semasa pemanduan.
“Semasa pandemik, inflasi meningkat dan menjejaskan ramai pengguna. Jadi dengan pengenalan produk inovatif ini, Shell boleh membantu pengguna untuk mendapatkan perbatuan yang lebih jauh sekali gus memberi penjimatan. Lebih penting, pemanduan lebih selamat,” katanya.
Sementara itu, Li Qin berkata, beliau sangat teruja apabila diumumkan sebagai johan Grand Finale Shell FuelSave 95 Challenge
2023.
“Ianya merupakan pencapaian yang amat mengagumkan apabila peserta lain juga berjaya mencapai perbatuan melebihi penanda aras purata,” katanya. – UTUSAN










