Sage42 lancar Ventana, komunukasi digital berasaskan awan

Sage42 lancar Ventana, komunukasi digital berasaskan awan

EUGENE GAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sage 42 Apps Sdn. Bhd. (Sage42), pembangun perisian jenis perusahaan, melancarkan Ventana, sebuah platform komunikasi digital jenis perusahaan berasaskan awan.

Ventana membolehkan syarikat menguruskan interaksi dengan pelanggan dengan cekap merentasi pelbagai platform media sosial seperti WhatsApp, Instagram dan Facebook, semuanya dalam satu tetingkap.

Ciri terkenal Ventana ialah Taboo® Filter, yang memastikan bahawa kandungan yang tidak sesuai, termasuk kata-kata kesat dan lucah, imej dan emoji yang tidak sensitif budaya, dihalang daripada digunakan semasa berinteraksi dengan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sage42, Eugene Gan berkata, media sosial dan aplikasi pemesejan menjadi pilihan yang semakin popular sebagai alat komunikasi utama dalam kalangan pelanggan di Malaysia.

Namun kata beliau, menguruskan banyak saluran komunikasi pada masa yang sama telah menjadi cabaran bagi banyak syarikat.

“Justeru, Sage42 bangunkan Ventana untuk mengoptimumkan pengurusan komunikasi pelanggan dan meningkatkan pengalaman pelanggan keseluruhan melalui mekanisme tetingkap tunggalnya,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai tambahan kepada Taboo® Filter yang direka untuk mengelakkan mesej tidak sesuai digunakan, Ventana menawarkan pelbagai fungsi terbina di dalamnya seperti gesaan peningkatan insiden masa nyata, laporan kejadian yang boleh dicetak, dan audit perbualan penuh, yang sangat memudahkan siasatan dalaman apabila perlu.

Tambah Gan, Ventana menawarkan bot tanpa kod yang memberi kuasa kepada jabatan-jabatan untuk membuat dan menyesuaikan bot mereka sendiri tanpa bergantung semata-mata kepada pasukan IT syarikat.

Platform itu katanya, fleksibel di mana ia boleh diintegrasikan dengan pelbagai sistem, termasuk CRM, pemasaran, undang-undang, dan sokongan pelanggan, menghasilkan operasi yang lebih cekap.

Salah satu fungsi utama Ventana adalah untuk meningkatkan aliran kerja perkhidmatan dan sokongan pelanggan antara jabatan (Customer Service and Support), untuk membolehkan pengurusan yang cekap bagi semua komunikasi bersama pelanggan.

“Fungsi itu amat berharga kerana bila pelanggan menghubungi sesebuah syarikat, selalu ada kejadian di mana hal yang mereka mahu tangani melibatkan lebih daripada satu jabatan. Tidak seperti banyak penyelesaian sedia ada di pasaran, Ventana memang direka untuk tangani situasi sedemikian dengan berkesan,” katanya.

Sage42 telah membangunkan penyelesaian perancangan sumber perusahaan (Enterprise Resource Planning) untuk PKS dan syarikat multinasional termasuk jenama global sejak 2013. Ventana adalah produk berasaskan awan pertamanya.

“Kami juga aktif dalam mencari rakan kongsi strategik untuk luaskan keupayaan Ventana,” kata Eugene. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN