Rizab antarabangsa BNM susut AS$2 bilion

Rizab antarabangsa BNM susut AS$2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) susut sebanyak AS$2 bi­lion dalam tempoh 16 hari daripada AS$114.7 bilion pada 15 Mei kepada AS$112.7 bilion setakat 31 Mei 2023.

Menurut BNM, paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Paras tersebut bagaimanapun lebih rendah berbanding memadai membiayai 4.9 import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, pada 15 Mei lalu.

BNM berkata, komponen uta­ma rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$100.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

“Aset berjumlah RM607.50 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM496.79 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.41 bilion), pinjaman dan pendahu­luan (RM23.49 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM69.28 bi­lion),” katanya dalam kenyataan.

BNM berkata, modal dan liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM164.76 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.22 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM193.89 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.12 bilion), deposit-deposit lain (RM38.01 bilion), kertas Bank Negara (RM9.57 bilion), peruntukan SDR (RM28.72 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.07 bilion).

 

INFOGRAFIK RIZAB ANTARABANGSA BNM

———————————–

* 31 MEI 2023

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.7 bilion.

Paras rizab memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan

dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

* 15 MEI 2023

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.7 bilion.

Paras rizab memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan

dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

* 28 APRIL 2023

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.4 bilion.

Paras rizab memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan

dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

* 14 APRIL 2023

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.9 bilion.

Paras rizab memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan

dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

* 31 MAC 2023

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion.

Paras rizab memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan

dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

* 15 MAC 2023

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.0 bilion.

Paras rizab memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan

dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

* 28 FEBRUARI 2023

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.3 bilion.

Paras rizab memadai untuk  membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan

dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

* 15 FEBRUARI 2023

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.4 bilion.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan

dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

* 31 JANUARI 2023

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.2 bilion.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan

dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

* 13 JANUARI 2023

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.9 bilion.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3  bulan import barangan dan perkhidmatan

dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

* 30 DISEMBER 2022

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$114.6 bilion.

Paras rizab telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

Paras rizab memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan

dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

SUMBER: BANK NEGARA MALAYSIA – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN