Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

ringgit
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal pagi ini, berikutan pelabur kekal berhati-hati terhadap unjuran global walaupun dolar AS lemah sedikit, kata seorang penganalisis.

Memetik laporan Bernama, pada pukul pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.5950/6000 berbanding dolar AS, berbanding penutupan Jumaat pada 4.5745/5785.

Pasaran ditutup semalam sempena cuti umum Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes berkata, dolar AS lemah sedikit disebabkan oleh data indeks pengurus pembelian (PMI) Perkhidmatan ISM yang lebih rendah daripada jangkaan dan harapan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, beliau berkata, walaupun data PMI Caixin meningkat pada Mei, yuan China kekal lemah berikutan sentimen pasaran negatif di sekitar pertumbuhan negara itu.

“Kami fikir risiko itu condong ke arah kelemahan yuan yang lebih teruk, melainkan terdapat tindak balas dasar yang lebih teguh dan boleh dipercayai selain daripada langkah hartanah semasa,” katanya.

Sementara itu, mata wang negara didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ringgit meningkat kepada 3.2927/2965 berbanding yen Jepun daripada 3.2957/2989 pada penutup Jumaat, meningkat berbanding euro kepada 4.9240/9294 daripada 4.9254/9297, dan meningkat berbanding pound kepada 5.7139/7201 daripada 5.7323/7373 minggu lalu.

Pada masa yang sama, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2029/2222 daripada penutup Jumaat 13.2402/2591, dan tinggi sedikit berbanding peso Filipina pada 8.17/8.19 daripada 8.18/8.19.

Mata wang tempatan itu bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4055/4094 daripada 3.4026/4059, dan lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 308.5/309.0 daripada 305.0/305.5. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN