KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd. (BIMB) menjangkakan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.25 peratus bagi tempoh separuh kedua 2023, kata Ketua Ekonominya, Firdaos Rosli. Menurut Firdaos, tindakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) Mei lalu menaikkan OPR kepada 3.0 peratus memberi kejutan kepada ramai pihak, namun ia bukanlah diluar jangkaan. “Ini kerana kita sudah menjangkakan Bank Pusat akan menaikkan OPR seawal…










