OCBC Al-Amin perkenal eBiz Account-i patuh syariah

OCBC Al-Amin perkenal eBiz Account-i patuh syariah

MAJLIS pelancaran OCBC eBiz Account-i, akaun perniagaan digital patuh syariah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: OCBC Al-Amin Bank Berhad (OCBC Al-Amin) memperkenalkan OCBC eBiz Account-i untuk membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membuka akaun perniagaan patuh syariah secara dalam talian sepenuhnya.

OCBC eBiz Account-i dirangka untuk PKS yang mahukan sebuah akaun yang mudah, pantas dan menyenangkan, menyusuli kejayaan OCBC Bank (Malaysia) Berhad memperkenalkan OCBC eBiz Account secara dalam talian sepenuhnya.

Kedua-dua akaun konvensional dan patuh Syariah terbuka kepada PKS yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sehingga dua pengarah atau rakan kongsi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OCBC Al-Amin, Tuan Syed Abdull Aziz Syed Kechik, terdapat permintaan kukuh daripada PKS untuk akaun perniagaan patuh Syariah yang boleh dibuka sepenuhnya tanpa perlu mengunjungi bank, dan OCBC Al-Amin sedia untuk memenuhi permintaan tersebut.

Beliau berkata, kemudahan dan keselamatan adalah kunci kepada usaha memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat bagi produk dan perkhidmatan perbankan digital.

“Justeru, OCBC eBiz Account-i menyediakan kemudahan ini tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan kami telah memastikan ini dapat dilakukan dengan sistem kukuh dan menerusi platform eKYC khusus OCBC yang disokong oleh CTOS Data Systems Sdn. Bhd. (CTOS).

“Kami yakin bahawa PKS yang mahu mendapatkan pilihan patuh Syariah akan memanfaatkan akaun perniagaan menyeluruh ini sejak dari mula lagi,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, akaun perniagaan patuh Syariah itu menetapkan deposit awal agak rendah berjumlah RM500, perkhidmatan perbankan internet perniagaan percuma menerusi perkhidmatan perbankan dalam talian pemenang anugerah OCBC Velocity, dan alat pengurusan kewangan perniagaan khusus untuk membantu PKS berkembang maju dalam dunia digital yang bergerak pantas pada masa kini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN