MBSB Bank tawar skim jaminan kerajaan bantu PKS

MBSB Bank tawar skim jaminan kerajaan bantu PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) menawarkan Skim Jaminan M-Government (M-GGS) kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat bersaiz sederhana (MSC).

M-GGS ialah skim jaminan kerajaan yang ditubuhkan melalui perjanjian dengan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) untuk meningkatkan agenda pembangunan PKS dan MSC.

Ia juga untuk membantu mereka dalam mengurus modal kerja dan melabur dalam perbelanjaan modal untuk memulih dan mengembangkan perniagaan golongan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, usaha itu mengesahkan komitmen Bank untuk mempercepatkan usaha membantu PKS dan MSC dalam mengekalkan operasi perniagaan dan membolehkan mereka kekal berdaya saing.

“Selain M-GGS, MBSB Bank turut menawarkan Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) kepada PKS dan MSC terpilih khususnya mereka yang terlibat dalam pengeluaran dan eksport makanan.

“MBSB Bank juga mempunyai program pembiayaan sedia ada yang sesuai untuk PKS dan MSC seperti Pembiayaan Peralatan-i, Pembiayaan Berjangka-i, Talian Tunai-i, Kredit Pusingan-i, Jaminan Bank-i, Pembiayaan Kontrak-i serta M Trade.

“MBSB Bank menyasarkan untuk mencapai kira-kira RM600 juta dalam pembiayaan yang diluluskan di bawah M-GGS menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pegawai Utama SJPP, Chen Yin Heng berkata, kerajaan komited untuk menyokong perniagaan PKS dan telah menyediakan bantuan berterusan dalam membangunkan PKS melalui pelbagai inisiatif termasuk skim jaminan yang diuruskan oleh SJPP.

Ujarnya, sejak awal, SJPP telah membantu lebih daripada 73,000 PKS dengan jumlah pembiayaan kira-kira RM73 bilion.

“Kerajaan dalam Belanjawan  2023 memperuntukkan RM20 bilion untuk membantu PKS.

“Pada masa ini terdapat 10 skim yang disediakan dengan perlindungan jaminan antara 70 hingga 80 peratus. Dengan peruntukan baharu di bawah Belanjawan 2023, skim baharu akan diperkenalkan untuk pelbagai industri iaitu teknologi tinggi, pembinaan, pertanian, pelancongan dan pembuatan.

“Harapan kami ialah skim ini akan memberi manfaat yang besar kerana tidak syak lagi PKS adalah salah satu sektor yang telah menyumbang dengan ketara kepada ekonomi negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.