Kumpulan NAZA ceburi perladangan durian di Raub

Kumpulan NAZA ceburi perladangan durian di Raub

MAJLIS pelancaran projek perladangan durian yang bakal diusahakan oleh NAZA Agro Plantation di Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: NAZA Corporation Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan usaha niaga baharunya, projek perladangan durian di bawah NAZA Agro Plantation (NAZA Agro) di Raub, Pahang.

NAZA Agro telah memulakan fasa pertama projek untuk meng­usahakan kira-kira 234.7 hektar dari 809.4 tanah di Raub untuk durian, dengan tumpuan khusus kepada Musang King dan varian premium lain.

Katanya, NAZA Agro me­nyasarkan untuk menyumbang kepada eksport durian Malaysia daripada fasa pertama penghasilan pada 2027.

“Syarikat menumpukan kepada varian Musang King yang sangat diminati dan telah me­nunjukkan peningkatan permintaan global, terutamanya dari China, Singapura dan Hong Kong,” katanya dalam kenyata­an baru-baru ini.

Tambahnya, berdasarkan laporan, Pasaran Durian Glo­bal bernilai AS$24.90 bilion (RM116.4 bilion) pada 2023 sahaja.

Menjelang akhir 2033, pasaran ini akan melepasi penilai­an sebanyak AS$49.91 bilion (RM233.4 bilion), menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun yang luar biasa seba­nyak 7.2 peratus antara 2023 dan 2033.

“Walaupun Thailand kini menguasai pasaran, dengan lebih 90 peratus eksport glo­bal, bahagian eksport Malaysia kekal kurang daripada lima peratus.

“Menurut laporan itu, varie­ti Musang King Malaysia, yang sangat digemari oleh pembeli dari China, kini menghadapi kekurangan bekalan daripada syarikat Malaysia dan ini memberi peluang keemasan kepada Naza untuk meningkatkan bekalan dan memenuhi pasaran eksport,” ujarnya.

Kumpulan berkata, dengan menggunakan teknologi dan internet kebendaan (IoT), NAZA Agro telah melabur dalam salah satu sistem pengairan dan fertigasi teratas, sistem unggul yang mampu menyediakan pengairan ketepatan untuk pertumbuhan yang lebih tinggi dan hasil yang lebih baik dalam semua corak iklim, jenis tanah atau topografi.

“Ladang itu juga meneroka penggunaan Digital Agriculture Technology (AgTech) dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Sebagai tambahan kepada peluang ekonomi untuk NAZA Agro, industri durian mempunyai potensi besar untuk masyarakat tempatan dari segi penciptaan pekerjaan serta menyumbang kepada peningkatan taraf ekonomi penduduk tempatan Raub,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya