Konsep rumah persaraan diperkenal

Konsep rumah persaraan diperkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konsep rumah persaraan warga emas dengan anggaran nilai RM100 juta dijangka akan dibina lengkap dengan fasiliti serta infrastruktur lengkap pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Alphacapital (M) Bhd., Syed Mahadzir Fadaak berkata, projek pelaburan yang menyasarkan golongan berpendapatan mewah (T20) itu akan melibatkan kerjasama dua syarikat lain iaitu  Rakyat Trustee Berhad dan Seterra Group of Companies.

Katanya, konsep pembinaan rumah tersebut itu akan melibatkan pelaburan berkonsepkan infak dengan diuruskan secara sistematik, berwibawa dan amanah.

“Peranan Alphacapital (M) Berhad adalah sebagai syarikat pelaburan manakala Rakyat Trustee Berhad pula bertindak sebagai Pemegang Amanah dengan melaksanakan aktiviti seperti infak. Bagi Seterra Group of Companies pula sebagai penggerak projek ini dan mengumpul data pelabur berpotensi.

“Sasaran pelabur kami adalah golongan T20 yang ingin melabur untuk saham akhirat mereka dan ada yang ingin menetap bersama komuniti yang selesa dalam kalangan mereka pada usia emas nanti,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Pengarah Seterra Group of Companies, Raja Dhiyauddin Raja Amir berkata, rumah persaraan itu nanti akan menggunakan konsep pusat komuniti moden sekiranya tanggungjawab menjaga mereka tidak dapat dipikul anak-anak.

“Golongan ini boleh memilih untuk menetap dengan rakan-rakan lain dan dalam masa yang sama dapat melakukan aktiviti sosial bersama-sama selain dapat memastikan pemantauan kesihatan kepada mereka.

“Kediaman berpusat bakal bina bukan seperti yang pusat perlindungan sedia ada. Contoh jika warga emas ini mahu keluar riadah di pusat beli-belah misalnya akan ada pemandu yang membawa mereka untuk tujuan itu.

“Ia dilihat sebagai pelaburan yang berpotensi dalam menjana ekonomi negara dan pada masa sama memberi kehidupan yang lebih baik untuk warga emas di Malaysia mungkin juga konsep ini dapat digunakan di peringkat global,” katanya.

Bagi Pengarah Urusan Rakyat Trustee Berhad, Faudzi Mt Din pula berkata, peranan syarikatnya adalah menjadi pemegang amanah yang mengurus dan melaksanakan arahan dan mandat pelabur secara telus, cekap dan sistematik, sekaligus memastikan matlamat asal pelabur untuk tujuan kebajikan terlaksana.

“Pendekatan ini salah satu cara alternatif untuk membantu pelabur menguruskan kewangan mereka yang berhasrat melakukan kerja amal dan membina jambatan pahala melalui pelaburan yang dibuat.” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN