Khazanah jual KidZania Singapura, Sim Leisure beri penjelasan

Khazanah jual KidZania Singapura, Sim Leisure beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sim Leisure Group menjelaskan bahawa dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) tidak pernah terlibat dalam rundingan untuk pembelian aset KidZania Singapura oleh Kumpulan itu.

Sebaliknya, Kumpulan itu berkata, ia berurusan dengan pelikuidasi secara langsung.

“Khazanah tidak pernah terlibat dalam proses tersebut. Semua urusan Sim Leisure Group adalah melalui pelikuidasi,” katanya dalam kenyataan.

Dalam makluman kepada Bursa Singapura pada 12 lalu, Sim Leisure berkata, ia telah membeli KidZania Singapura pada harga S$110,000 (RM379,700).

Jumlah itu sangat berbeza dengan jumlah pelaburan yang dimasukkan ke dalam taman tema yang dihentikan oleh Khazanah dan Boustead Holdings Berhad yang bernilai sekitar RM165 juta, menurut laporan The Vibes.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sim Leisure, Datuk Sim Choo Kheng berkata, bidaan untuk aset ini berisiko, kerana rundingan berlaku semasa sekatan Covid-19, menghalang Kumpulan itu daripada melakukan pemeriksaan fizikal di tapak pada masa itu.

“Pada masa itu, bidaan sedemikian dianggap berisiko tinggi untuk syarikat itu. Tanpa penstrukturan semula pemilikan, banyak taman tema boleh menjadi besi buruk seperti Studio Movie Animation Park di Ipoh, Perak.

“Pelabur di rantau ini kekurangan kepakaran untuk beroperasi dengan cemerlang dalam industri yang sangat khusus ini.

“Kebanyakan pelabur taman tema adalah pemaju hartanah, pengendali permainan dan kerajaan yang berniat untuk memangkin hartanah, dengan kebanyakan mereka memberi subsidi silang kepada perniagaan tarikan.

“Di Sim Leisure Group, kami tinggal, makan dan bernafas di taman tema. Jadi, setiap perniagaan yang kita bangunkan dan kendalikan mesti berdiri sendiri dan menguntungkan dari hari pertama.

“Ini bukan sahaja tentang membeli peralatan atau menarik pemilik IP (harta intelek) atau pakar asing. Ini adalah sebab utama (mengapa) mereka gagal,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Khazanah berkata, pihaknya tidak menjual KidZania Singapore yang telah berhenti operasi kepada Sim Leisure pada harga RM379,700.

Jelasnya, pengendali taman tema telah membeli semua aset tidak alih daripada pelikuidasi secara langsung dan sebaliknya merundingkan lesen francais dengan KidZania Mexico.

Taman tema kanak-kanak Khazanah di Kuala Lumpur, KidZania Malaysia, juga mengalami nasib yang sama semasa pandemik Covid-19 pada 2020.

Taman tema itu dijual kepada Sim Leisure pada harga RM3.8 juta, berbanding pelaburan terkumpul RM90 juta oleh Khazanah dan Boustead Holdings. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN