PETALING JAYA: Kenanga Research mengekalkan saranan ‘overweight’ ke atas sektor bahan binaan, terutamanya aluminium berikutan jangkaan harga aluminium yang menggalakkan disebabkan oleh kekangan bekalan. Penganalisisnya Teh Kian Yeong berkata, harga aluminium yang lebih tinggi boleh memberi petanda baik kepada Press Metal Aluminium Holdings Bhd. Katanya, OM Holdings Ltd juga bakal meraih faedah kelebihan kos struktur berbanding rakan setara global berikutan aksesnya kepada kuasa hidro kos efektif melalui kontrak jangka panjang…










