IKHLAS bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi

IKHLAS bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi

IKHLAS Kamarudin dan Alhasan Aldabbagh selepas memeterai usahasama bagi menjayakan kempen ‘Rethink Summer’ di Riyadh, Arab Saudi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ikhlas Com Travel Sdn. Bhd. (IKHLAS), anak syarikat Capital A Berhad, bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi (STA) untuk melancarkan ‘Rethink Summer’.

Ia kempen bermusim yang bertujuan mempromosikan Arab Saudi kepada pelancong Malaysia sebagai destinasi musim panas yang unik dan beraneka.

Arab Saudi kini merupakan antara destinasi global yang paling berkembang pesat, dengan kapasiti terbukti untuk menerima tetamu dari seluruh dunia, sepanjang tahun.

Kempen ‘Rethink Summer’ membawakan aneka tarikan yang menawan antaranya tanah tinggi yang sejuk menghijau sehingga persisiran Laut Merah dan Teluk Arab.

Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin berkata, pihaknya berterima kasih kepada STA atas pelantikan untuk meneraju kempen ‘Rethink Summer’ bagi pasaran Malaysia.

“Kami yakin bahawa kami boleh memberikan yang terbaik sebagai rakan kongsi yang kuat dan boleh dipercayai dengan sokongan AirAsia X (AAX) dan rakan kongsi hotel Saudi yang diyakini.

“Kami berharap usahasama ini akan berterusan dalam usaha membina Arab Saudi sebagai destinasi pelancongan yang selamat dan utama untuk semua rakyat Malaysia dan ramai lagi dengan menggembleng jaringan AirAsia yang meluas,” katanya dalam kenyataan.

Presiden APAC Markets STA, Alhasan Aldabbagh berkata, Saudi menawarkan destinasi yang tiada tandingan.

Kata beliau, budaya asli Arab, warisan yang kaya dan kepelbagaian landskap adalah teras kepada apa yang Saudi tawarkan kepada pelancong Malaysia.

“Musim panas ini, kami menyediakan acara menarik yang istimewa untuk semua. Peranan kami adalah untuk menyokong rakan kongsi seperti IKHLAS dari Capital A untuk menonjolkan pengalaman baru dan belum diterokai bagi membuka peluang baru yang dibawakan destinasi berkenaan sebagai permulaan ke arah mencapai 100 juta pelancong menjelang 2030.,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN