I-Berhad jangka 17 juta pelawat ke i-City tahun ini 

I-Berhad jangka 17 juta pelawat ke i-City tahun ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: I-Berhad menjangkakan kehadiran sekurang-kurangnya 17 juta pelawat ke i-City Shah Alam menjelang Disember tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Lim Kim Hong dalam satu kenyataan berkata, i-City telah menikmati pertumbuhan sihat, sejak pembukaan anak syarikatnya DoubleTree by Hilton pada Julai tahun lepas .

Menurut Kim Hong, kejayaan i-Berhad yang terletak pada sinergi antara pembangunan dan pelaburan hartanahnya, serta segmen riadah dan hospitaliti mendorong Kumpulan itu memperuntukkan RM10 juta bagi menambah baik segmen riadahnya tahun lalu.

Katanya lagi, beberapa projek penambahbaikan akan dilaksanakan tahun ini melibatkan penambahan taman tema tertutup Xcite seluas 4,654 meter persegi bersama pusat pengalaman salji lima dimensi di atas lightscapes yang bersesuaian dengan media sosial seperti Instagram.

“Penambahbaikan itu selari dengan sambutan penyewa bagi Central Mall i-City dan i-City Finance Avenue yang menggalakkan di mana ia bakal mewujudkan sinergi yang lebih hebat dengan DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City.

“Perkembangan ini akan mewujudkan alasan yang baik untuk pengunjung bernilai tinggi dari merata tempat datang dan menghabiskan masa mereka di Ultrapolis ini di samping memberi manfaat kepada komuniti perniagaan yang lain dalam i-City,” katanya.

Kim Hong berkata, i-Berhad turut menyasarkan untuk mewujudkan persekitaran inklusif yang membolehkan individu dan perniagaan berasa terhubung, terlibat dan berinspirasi dalam menyumbang kepada kemajuan sosio-ekonomi ibu kota Selangor, Shah Alam.

“Dengan mengambil kira amalan kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), kami ingin memainkan peranan kami dan memartabatkan perusahaan budaya, eko, sosial dan perusahaan mikro tempatan dengan menjemput mereka untuk bekerjasama dengan kami.

“Terdapat banyak ruang dalam alam fizikal dan maya di mana kita boleh meneroka peluang untuk berkembang bersama dan mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif di i-City untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan menyumbang ke arah kemajuan sosio-ekonomi ibu kota Selangor, Shah Alam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN