Bank Pembangunan lancar pameran Ulang Tahun Ke-50

Bank Pembangunan lancar pameran Ulang Tahun Ke-50

MAJLIS pelancaran pameran `Laluan Galeri' Ulang Tahun Ke-50 Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) melancarkan pameran `Laluan Galeri’ Ulang Tahun Ke-50 bank itu, memaparkan evolusi bank dan sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia selama lima dekad lalu.

BPMB ditubuhkan pada 28 November 1973 dengan matlamat asal untuk membangun, meningkat dan mempercepatkan penyertaan aktif bumiputera dalam sektor industri.

Sejak itu, BPMB telah berkembang mengikut keperluan negara yang membangun, melayani semua rakyat Malaysia dan memberi keutamaan kepada sektor-sektor pertumbuhan ekonomi utama selaras dengan Pelan Malaysia yang berterusan.

“BPMB telah berkembang mengikut tuntutan negara yang berkembang, melayani semua rakyat Malaysia dan memberi keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi utama,” kata Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Kementerian Kewangan dan
Pengerusi Sementara BPMB, Datin Rashidah Mohd Sies dalam ucapan perasmiannya.

Pameran itu memaparkan kisah dan perjalanan DNA BPMB, menggambarkan warisan Bank Pembangunan dan Bank Industri, yang mencerminkan tujuan BPMB: ‘Kami menyediakan modal impak untuk pembangunan negara’.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab pula berkata, sepanjang perjalanan itu, BPMB sentiasa didokong warganya yang nekad melakukan yang terbaik untuk negara.

“Setiap warga di BPMB hari ini juga membawa amanah yang sama, untuk melakukan perkara yang terbaik
bagi masa depan negara kita. BPMB akan terus memastikan pembangunan negara dijalankan secara seimbang, dengan menekankan pendekatan yang mampan dan inklusif,” kata beliau.

Pameran ini akan dibuka untuk umum sehingga November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN