Axia E berharga RM22,000 sebuah

Axia E berharga RM22,000 sebuah

AXIA E merupakan sebahagian daripada objektif asal Perodua dalam menyediakan mobiliti mampu milik dan berkualiti kepada rakyat Malaysia. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Pe­rodua) menyasarkan jualan 1,500 unit Axia E sebulan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, model dengan transmisi manual itu disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan bakal dijual pada harga RM22,000 tanpa insurans.

“Walaupun kami tidak menentukan siapa pelanggan kami, kami percaya bahawa model ini menjadi pilihan yang dialu-alukan oleh majoriti rakyat Malaysia.

“Perodua Axia E telah diuji dan terbukti dalam pasaran selama bertahun-tahun dan kami percaya varian ini akan meme­nuhi peranan semasanya untuk memberi peluang kepada pemilik motosikal bagi memiliki kereta baharu,” katanya pada Majlis Pengenalan Axia E, di sini semalam.

Menurut Zainal Abidin, Axia E merupakan sebahagian daripada objektif asal Perodua dalam menyediakan mobiliti mampu milik dan berkualiti kepada rakyat Malaysia.

“Berdasarkan perbincangan kami dengan institusi-institusi kewangan tempatan, kami mendapati hanya RM300 diperlukan untuk membayar kos sewa beli setiap bulan untuk memiliki Axia E.

“Ini adalah kos sama yang perlu dibayar oleh seseorang untuk membeli motosikal baharu secara sewa beli,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Axia E adalah berdasarkan model Perodua Axia yang diperkenalkan pada 2017 dan ia diperakui dengan penarafan 4-bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

“Varian yang bertransmisi manual ini didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama 5 tahun serta terdapat tiga pilihan warna yang dtawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver dan warna baharu Granite Grey,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN