Pengasas Bersama Press Metal pemegang saham terbesar APB

APB umum kemasukan Pengasas Bersama Press Metal sebagai pemegang saham terbesar

KOON POH TAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: APB Resources Berhad (APB), fabrikasi peralatan kejuruteraan reka bentuk mengumumkan bahawa Datuk Koon Poh Tat muncul sebagai pemegang saham yang besar dalam Kumpulan dengan 5.73 peratus kepentingan langsung berikutan pemerolehan 6.35 juta saham.

Saham itu diperoleh pada 13 Jun 2023 daripada pasaran terbuka, jelas syarikat itu.

“Koon ialah Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Press Metal Aluminium Holdings Berhad, pengeluar aluminium bersepadu. Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif PMB Technology Berhad, fabrikasi sistem fasad aluminium untuk bangunan,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa yang sama, Kumpulan mengumumkan pelantikan Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar sebagai Pengerusi, Liaw Wei Gian sebagai Pengarah Eksekutif dan Chin Choon Wei sebagai Pengarah Eksekutif.

Abdul Rahim bersara daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2021 sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Beliau adalah anggota Suruhanjaya Pasukan Polis dan Pengerusi Artroniq Berhad (Artroniq).

Liaw pula merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Artroniq, manakala Chin ialah Ketua Pegawai Kewangan Artroniq.

SEmentara itu, Koon berkata, mereka berbesar hati untuk menyertai APB dan berharap dapat bekerjasama dengan seluruh ahli Lembaga Pengarah (BoD) serta pasukan untuk membawa lebih banyak kejayaan kepada Kumpulan.

“Kami melihat banyak peluang yang boleh kami manfaatkan yang boleh meningkatkan prestasi APB dalam jangka panjang,” katanya.

Harga saham APB setakat semalam ditutup pada 2.92sen, meningkat 29.78 peratus berbanding 2.25 sen kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN