UTeM terima geran RM446,000 bangunkan silikon karbida, AI

UTeM terima geran RM446,000 bangunkan silikon karbida, AI

MASSILA Kamalrudin (dua dari kiri) dan Dluong Ngan Leong (tiga dari kanan) menunjukkan dokumen MoA sambil disaksikan Mohd. Ali Mohd. Rustam (tiga dari kiri) pada Majlis Mahabbah Aidilfitri di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima dua geran penyelidikan berjumlah RM446,000 daripada syarikat semikonduktor, On Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd. (Onsemi) bagi pembangunan silikon karbida dan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk industri kenderaan elektrik (EV).

Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, pemberian geran berkenaan membuktikan syarikat itu mempercayai kepakaran menerusi pelbagai pencapaian yang dicapai UTeM sebelum ini.

Katanya, syarikat yang memiliki dua kilang semikonduktor di Seremban, Negeri Sembilan itu mahu memperluaskan lagi skop penyelidikan bersama tenaga kerja universiti terutama yang memiliki kepakaran dalam bidang EV, AI dan bahan.

“Memorandum perjanjian (MoA) yang ditandatangani antara UTeM dan Onsemi sebenarnya berkait dengan penyelidikan dan inovasi. Kita menerima dua geran industri antarabangsa iaitu untuk pembangunan AI berjumlah RM208,672 dan silikon karbida bernilai RM238,698 bagi tempoh April tahun ini hingga Mac tahun depan.

“Pertukaran MoA ini sebagai satu platform untuk memperlihatkan bahawa UTeM mengambil berat akan hubungan dan kerjasama dengan pihak industri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Mahabbah Aidilfitri di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal di sini, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Sementara itu, Timbalan Presiden Onsemi, Dluong Ngan Leong berkata, sumbangan geran penyelidikan berkenaan sangat penting bagi memajukan teknologi EV di samping meningkatkan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar dengan penggunaan bahan mesra alam.

Menurutnya, cabaran untuk industri EV adalah jarak (perjalanan) dan pengecasan.

“Kami bekerjasama dengan UTeM untuk mengenal pasti dua masalah ini. Onsemi adalah syarikat tunggal yang menghasilkan teknologi silikon karbida khusus untuk EV di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.