PETALING JAYA: Anak syarikat milik penuh MISC Bhd., Gas Asia Terminal (L) Pte Ltd (GATL) memeterai perjanjian dengan Regas Terminal (Sungai Udang) Sdn. Bhd. (RGTSU) untuk prabayaran sekali sahaja sebanyak AS$233.6 juta.
Bayaran tersebut sebagai penyelesaian awal yuran sewa perbelanjaan modal (capex) yang perlu dibayar untuk baki tempoh sewa dua unit simpanan terapungnya di Terminal LNG Regas Sungai Udang di Melaka.
Dalam penyata di Bursa Malaysia, MISC berkata, jumlah itu akan dibayar sepenuhnya secara tunai dan FSU akan terus diambil bekerja oleh RTGSU sehingga Ogos 2032 seperti yang dipersetujui.
RTGSU ialah anak syarikat milik penuh Petronas Gas Bhd., anak syarikat tersenarai Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).
Petronas juga merupakan pemegang saham besar MISC, kerana ia memegang 51 peratus kepentingan dalam penyedia perkhidmatan dan penyelesaian maritim berkaitan tenaga, menurut laporan tahunan MISC 2022.
Pada rehat tengah hari Selasa, saham MISC tidak berubah pada RM7.38, untuk permodalan pasaran RM32.94 bilion. – UTUSAN










