PETALING JAYA: TH Plantations Berhad (THP) mengumumkan Keuntungan Selepas Cukai dan Faedah Minoriti (PATAMI) sebanyak RM11.5 juta bagi keputusan kewangan suku pertama tahun kewangan 2023, lebih rendah berbanding RM21.6 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Menurut kenyataannya, Kumpulan merekodkan hasil sebanyak RM146.4 juta pada suku pertama tahun ini, penurunan sebanyak 26.1 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Katanya, pendapatan yang lebih rendah ini disebabkan terutamanya oleh purata harga realisasi minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit (PK) yang lebih rendah. “Dari segi positif, pengeluaran dan pemprosesan buah tandan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya