IPOH: Sebuah syarikat memproses mineral dari China, Jinjing Silicon Technology Sdn. Bhd. akan memulakan operasi pelaburan bernilai RM100 juta dengan pembinaan kilang baharu di Silver Valley Technology Park (SVTP), Kanthan, Chemor di sini pada 2024. Pembinaan kilang pemprosesan Zero Waste Facility dengan kos pembinaan bernilai RM40 juta itu merupakan kilang pemprosesan pertama di rantau ini dibina menggunakan model Built-To-Suit and Lease (BTSL) di atas tapak seluas 4.75 hektar. Menteri Besar…










