PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyokong pemberian subsidi bersasar bagi membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara dan meringankan tekanan kos ke atas golongan berpendapatan rendah, kata Pengerusinya, Datuk Abdul Razak Abdul Majid. Beliau berkata, TNB akan terus menyokong usaha berterusan kerajaan untuk mengurus tarif mengikut mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT), sambil mengimbangi perlunya tarif yang wajar untuk rakyat dan pertumbuhan ekonomi. Katanya, sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin, TNB…