Saranan berhati-hati untuk saham minyak sawit - Utusan Malaysia

Saranan berhati-hati untuk saham minyak sawit

Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Simpanan stok minyak sawit pada April mencecah paras terendah 13 bulan, sebahagiannya terjejas oleh tinjauan makro yang tidak menentu.

Walaupun stok minyak sawit dalam bulan itu ketat pada 1.5 mega tan (mt), namun tidak memberi kesan kepada pasaran berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) telah kehilangan daya saing harganya berbanding minyak pesaing utama lain.

Penganalisis Maybank Investment Bank, Ong Chee Ting berkata, harga minyak telah mengalami tekanan yang besar sejak awal tahun ini namun pasaran menjangkakan pemulihan bekalan dalam beberapa bulan akan datang.

“Stok Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi April 2023 susut kepada 1.50mt iaitu -11 peratus bulan ke bulan dan -9.0 peratus tahun ke tahun, lebih rendah sedikit daripada anggaran sebanyak 1.52mt.

“Pengeluaran April juga jatuh kepada 1.20mt iaitu susut -7.0 peratus bulan ke bulan dan -18 peratus tahun ke tahun, berkemungkinan disebabkan oleh sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang panjang dan sebagai pekerja Indonesia lazimnya pulang ke kampung sebelum raya.

“Pengeluaran rendah dipadankan dengan eksport rendah pada 1.07mt, iaitu susut -28 peratus bulan ke bulan. Selain itu, penggunaan domestik positif pada 0.33mt (+16 peratus bulan ke bulan dan +10 peratus tahun ke tahun) memandangkan persiapan dan permintaan untuk musim perayaan,” katanya dalam nota kajian.

Jelas beliau, pasaran kekal berhati-hati dengan harga MSM berikutan tinjauan makroekonomi yang tidak menentu, dan meningkatkan prospek pengeluaran sebagai pengeluaran minyak sawit dijangka pulih secara bermusim.

“Walaupun stok simpanan April MPOB agak ketat, ia gagal untuk mengujakan pasaran. Harga Niaga Hadapan Pasaran Minyak Sawit Mentah (FCPO) 1J/3J malah ditutup lebih rendah sebanyak -3.0/-2.8 peratus hari ke hari kepada MYR3,930/3,701 setan.

“Wujud juga kebimbangan pasaran terhadap kelembapan permintaan minyak sawit selepas Ramadan dan harga MSM tidak lagi kompetitif,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menjelaskan, anggaran eksport untuk penghantaran dalam 10 hari pertama Mei 2023 oleh Amspec dan Intertek (juruukur kargo bebas) menunjukkan permintaan yang bertambah baik pada 333,779 tan/355,380 tan iaitu peningkatan masing-masing dua dan 10 peratus bulan ke bulan.

“Peningkatan eksport berkemungkinan dipadankan dengan penambah baik pengeluaran. Kami
percaya stok simpanan April MPOB mungkin merosot untuk tahun ini, dan berkemungkinan meningkat pada bulan-bulan hadapan pada pemulihan pengeluaran bermusim.

“Secara keseluruhan, kami menjangkakan pemulihan pengeluaran yang kukuh pada separuh kedua tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya