PETALING JAYA: Sapura Energy Bhd. (Sapura Energy) memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Mahkamah Sesyen bulan lepas, yang membenarkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendapatkan dokumen berkaitan gaji dan elaun dibayar kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sapura Energy Bhd., Tan Sri Shahril Shamsuddin. Memetik laporan The Edge, notis rayuan bertarikh 25 April itu difailkan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Lailatul Zuraida Harron @ Haron pada 14 April lalu. Dalam…










