Ringgit teruskan tren melemah berbanding dolar

Ringgit teruskan tren melemah berbanding dolar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit meneruskan tren melemah apabila didagangkan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal pagi ini, di tengah-tengah kebuntuan siling hutang AS baru-baru ini.

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.6160/6205 berbanding dolar AS, berbanding penutupan Jumaat 4.5970/6035.

Memetik laporan Bernama, Ketua Ekonomi dan kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, petunjuk daripada Presiden AS Joe Biden dan Speaker Dewan Undangan Negeri AS Kevin McCarthy mencadangkan bahawa anggota Kongres akan bersetuju dengan syarat (kenaikan siling hutang) Rabu ini.

Jumaat lalu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen menyatakan bahawa tarikh akhir untuk had hutang telah dilanjutkan kepada 5 Jun.

“Peserta pasaran akan kekal berkawal sehingga persetujuan mengenai siling hutang dicapai pada Rabu. Gaji bukan ladang, yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat, juga akan dipantau dengan teliti,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kebanyakannya mata wang utama, kecuali yen Jepun, di mana ia meningkat kepada 3.2791/2825 daripada 3.2918/2967 penutup Jumaat.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9474/9523 daripada 4.9340/9409, dan susut berbanding pound Britain kepada 5.6975/7031 daripada 5.6819/6899.

Di peringkat serantau, ringgit meningkat sedikit berbanding baht pada 13.2510/2697 daripada 13.2539/2784, tetapi susut berbanding dolar Singapura pada 3.414/4150 daripada 3.4012/4062.

Ringgit juga susut berbanding rupiah kepada 308.6/309.1 daripada 307.3/307.9, dan jatuh nilai berbanding peso pada 8.26/8.28 daripada 8.24/8.25. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×