Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding dolar

Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding dolar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dagangkan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, dirangsang oleh kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3 peratus.

Bagaimanapun, gandingan ringgit-dolar diunjurkan untuk didagangkan dalam julat yang sempit sebagai mod penghindaran risiko membawa kepada peningkatan permintaan untuk dolar.

Pada pukul 9 pagi ini, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.4350/4400 berbanding dolar daripada kadar penutup Rabu pada 4.4525/4580.

Sementara itu, Bursa Malaysia dibuka rendah, menjejaki prestasi Wall Street yang lebih lemah semalaman di tengah-tengah kebimbangan terhadap krisis perbankan yang berterusan di AS.

Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.20 mata kepada 1,422.79 daripada 1,425.99 penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka 2.38 mata lebih rendah kepada 1,423.61.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 161 berbanding 119, manakala 258 kaunter tidak berubah, 1,695 lagi tidak diniagakan.

Jumlah dagangan berjumlah 190.56 juta unit bernilai RM64.17 juta. Pasaran ditutup semalam sempena cuti umum Hari Wesak.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn. Bhd., Thong Pak Leng memberitahu Bernama, Wall Street ditutup rendah untuk hari keempat berturut-turut berikutan kebimbangan perbankan.

Di peringkat domestik, Thong berkata, FBM KLCI ditutup negatif apabila Bank Negara Malaysia (BNM) tidak tijangka menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×