PNB umum persaraan Tun Arifin sebagai Pengerusi Kumpulan

PNB umum persaraan Tun Arifin sebagai Pengerusi Kumpulan

TUN ARIFIN ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan persaraan Tun Arifin Zakaria sebagai Pengerusi Kumpulan PNB dan Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) berkuat kuasa esok (6 Mei 2023), selepas menamatkan penggal perkhidmatan dua tahun.

Menurut PNB, Tun Arifin yang dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan pada 2021, telah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan tadbir urus syarikat.

Di bawah kepimpinan beliau, PNB katanya, telah membangunkan rangka kerja dalaman bagi menilai pengarah dan ketua eksekutif, serta mentauliahkan kakitangan kritikal syarikat pelaburannya bagi memastikan kekuatan Lembaga Pengarah masing-masing.

“Di samping itu, Tun Arifin turut menerajui dan membimbing PNB dalam inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Pada April 2022, PNB melancarkan Rangka Kerja Kelestarian PNB, yang bertujuan untuk menyampaikan manfaat bukan sahaja kepada pihak berkepentingannya tetapi juga untuk pasaran yang lebih luas dan negara,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tun Arifin bagi pihak Lembaga Pengarah dan warga PNB.

Katanya, perkhidmatan dan kepimpinan cemerlang beliau sejak dua tahun lalu telah memberikan sumbangan besar kepada pertumbuhan PNB, ASNB, dan kumpulan syarikat PNB.

“Pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam amat berharga, dan kami berterima kasih atas legasi yang beliau tinggalkan,” ujar Ahmad Zulqarnain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×