PKNS sasar pembiayaan perumahan lebih RM100 juta

PKNS sasar pembiayaan perumahan lebih RM100 juta dengan BSN

MAHMUD Abbas (kiri) dan Jay Khairil Jeremy Abdullah menunjukkan MOU yang dimeterai di Ibu pejabat PKNS, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan nilai pembiayaan perumahan lebih RM100 juta menerusi kerjasama sulung dengan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sasaran tersebut diunjurkan selepas kedua-dua pihak memeterai memorandum persefahaman (MOU) menerusi tawaran kemudahan pembiayaan komprehensif kepada pembeli rumah PKNS terutama golongan B40.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, jalinan kolaborasi strategik itu merupakan salah satu usaha bagi menarik bakal pembeli memiliki rumah idaman mereka apabila BSN menawarkan pelbagai pakej pembiayaan mengikut keperluan dan kelayakan pelanggan.

“Kolaborasi ini mampu meningkatkan kemajuan sektor perumahan terutama di Selangor menerusi tawaran pakej pembiayaan komprehensif sama ada projek pembangunan hartanah yang telah siap atau sedang dibina,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani MOU bersama Ketua Pegawai Eksekutif BSN, Jay Khairil Jeremy Abdullah di Ibu Pejabat PKNS, hari ini.

Tambahnya, kerjasama itu turut membuka peluang kepada pembeli untuk memenangi hadiah kelengkapan rumah sehingga RM50,000.

Ini kerana, PKNS sentiasa berusaha memenuhi keperluan rakyat menerusi kolaborasi dengan institusi perbankan dan rakan korporat bagi memenuhi keperluan pembeli rumah.

“PKNS juga mahu meningkatkan tahap pemilikan kediaman kepada lebih ramai masyarakat terutama  belia dan pembeli rumah pertama.

“Berbekalkan pengalaman lebih lima dekad, kami komited menyediakan pelbagai produk hartanah yang dapat memenuhi keperluan pelanggan,” ujarnya.

Sementara itu, Jay Khairil berkata, pihaknya memahami situasi dihadapi pembeli rumah yang berdepan pelbagai isu terutama kewangan.

“Justeru, BSN menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan dengan margin sehingga 100 peratus merangkumi kos lain seperti perlindungan takaful gadai janji, yuran guaman dan yuran penilaian dengan tempoh sehingga 35 tahun.

“Selain itu, kami menawarkan khidmat nasihat bagi membantu pelanggan dalam merancang pengurusan kewangan mereka,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×