Penyelesaian isu siling hutang AS diharap dapat kurangkan tekanan ringgit - Utusan Malaysia

Penyelesaian isu siling hutang AS diharap dapat kurangkan tekanan ringgit

Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan melawat tapak pameran sempena lawatan rasmi ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Bukit Kiara. Utusan / Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyelesaian isu siling hutang di Amerika Syarikat (AS) diharap dapat mengurangkan tekanan kepada ringgit yang mengalami penyusutan berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, laporan media antarabangsa menyatakan Presiden AS, Joe Biden kerajaan negara itu akan menyelesaikan terbabit sebelum 6 Jun ini.

“Pelabur-pelabur dan mereka yang terlibat dalam perniagaan memegang dolar AS. Apabila siling hutang ditingkatkan, maka pegangan dan permintaan terhadap dolar AS akan berkurang.

“Ini seterusnya akan menyebabkan pertukaran wang asing termasuk ringgit kepada dolar juga berkurangan. Oleh itu, tekanan kepada ringgit dapat dikurangkan.

“Jadi, saya tidak boleh cerita lebih daripada itu. Kita tunggu perkembangan lima hari lagi supaya apa yang berlaku di AS itu diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akbar selepas hadir ke Persidangan SCxSC Fintech yang bertemakan Memupuk Kewangan Inovatif di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti (SC) di Bukit Kiara di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai pasaran saham Bursa Malaysia indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang didagangkan dibawah 1,400 sejak Selasa, beliau berkata, faktor sama berkaitan pasaran AS ketika ini turut memberi kesan pada saham tempatan.

“Bukan negara kita sahaja, tetapi negara lain juga pasaran sahamnya terjejas. Nilai mata wang masing-masing terjejas kerana perkara yang berlaku,” ujarnya.

Sementara itu, jumlah aduan kepada pihak SC berkaitan penipuan telah meningkat 100 peratus, daripada hanya 548 aduan pada 2020 kepada 1,124 pada tahun 2022 dengan jumlah kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

Menurutnya, pada 2022, aduan berkaitan penipuan merangkumi hampir 60 peratus daripada keseluruhan aduan yang diterima oleh pihak SC.

“Pihak SC telah dan akan mengambil tindakan awal termasuk melalui ‘Alert List’, menyekat laman web dan media sosial dan mengeluarkan notis ‘cease and desist’.

“Lain-lain langkah termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap segala pelanggaran undang-undang sekuriti. Sebagai contoh, pada tahun 2022, pihak SC telah menyenaraikan 267 nama ke dalam SC Investor Alert List dan menyekat 166 laman web dan 224 akaun media sosial yang disyaki menjalankan penipuan pelaburan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya