PETALING JAYA: Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (Malaysian Genomics) mencatatkan hasil sebanyak RM0.68 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2023 (S3 2023), berbanding RM5.08 juta tempoh sama tahun sebelumnya. Hasil yang lebih rendah disebabkan Kumpulan meneruskan usaha ke arah biofarmaseutikal sambil menumpukan pada pertumbuhan organik perkhidmatan pemeriksaan genetik. Menurut syarikat itu, Kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM3.24 juta bagi suku dalam tinjauan, berbanding keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM1.95 juta. “Ini sebahagian besarnya disebabkan peningkatan perbelanjaan untuk mengembangkan perniagaan sedia ada, serta bersedia untuk memulakan pembangunan produk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya