Malaysia Airlines lancar MHvacaypass

Malaysia Airlines lancar MHvacaypass

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airlines melancarkan produk baharu, MHvacaypass yang membolehkan pelancong meneroka destinasi luar biasa yang ditawarkan Malaysia.

Syarikat penerbangan itu berkata, MHvacaypass menyediakan cara unik untuk merasai pengamalan dalam negara ini dengan dua perjalanan pergi balik ke mana-mana destinasi domestik pilihan dalam tempoh setahun bermula dari MYR531.10, eksklusif untuk ahli Enrich.

Katanya, MHvacaypass menawarkan fleksibiliti, membolehkan pengembara memilih daripada lima pas bertema yang memenuhi pelbagai minat dan pilihan.

“Mereka boleh memilih sama ada pengembaraan penggemar makanan, lari ke alam semula jadi, perjalanan bersejarah atau percutian pantai.

“MHvacaypass tersedia secara eksklusif di Journify dan semua penerbangan mesti ditempah dan terbang dalam tempoh 12 bulan selepas pembelian.

“Pas terhad tersedia dengan hanya 1,000 untuk setiap lima pas dan destinasi semuanya ke atau dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan terma dan syarat,” katanya.

Malaysia Airlines  berkata, bagi mereka yang ingin mengejar matahari, ‘Sun Days MHvacaypass’ sangat sesuai yang akan membawa mereka ke destinasi Langkawi dan Johor Bahru, kedua-duanya terkenal dengan pantai dan cuaca panas.

Sebaliknya, ‘Vitamin Sea MHvacaypass’ sesuai untuk peminat snorkeling dan menyelam, dengan destinasi Tawau dan Terengganu, kedua-duanya terkenal dengan perairannya yang jernih.

Pas lain termasuklah ‘Foodie Hunt MHvacaypass’, ‘Heritage Discovery MHvacaypass’ dan ‘Nature Trail MHvacaypass’.

“Pergi ke mana-mana daripada sembilan destinasi yang dicari dan nikmati faedah premium seperti elaun bagasi daftar masuk 35 kilogram, elaun bagasi kabin tujuh kilogram, daftar masuk keutamaan, pemilihan tempat duduk standard serta makanan dan minuman percuma.

“Dengan fleksibiliti tambahan, MHvacaypass juga membenarkan perubahan tarikh percuma tanpa had, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk, dengan tempahan sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal,” ujarnya.

Tambahnya, pengembara juga boleh memperoleh Enrich Points dan menerima baucar Journify RM30, terpakai untuk 200 pembeli pertama sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×