PETALING JAYA: Majoriti pakar ekonomi meramalkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) 2.75 peratus pada mesyuarat jawatankuasa dasar monetari esok (3 Mei). Memetik tinjauan Bloomberg yang dilaporkan oleh The Edge, sehingga petang ini, 16 daripada 18 ahli ekonomi berpendapat, BNM akan mengekalkan kadar OPR 2.75 peratus selepas dinaikkan sebanyak empat kali berturut-turut tahun lalu. Bagaimanapun dua firma iaitu Bank of America National Association dan Standard Chartered…










