Mah Sing catat pendapatan lebih kukuh berjumlah RM643.5 juta

Mah Sing catat pendapatan lebih kukuh, berjumlah RM643.5 juta S1 TK2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mah Sing Group Berhad ( Mah Sing) merekodkan pendapatan dan keuntungan sebelum cukai (PBT) yang lebih kukuh pada suku pertama 2023 berakhir 31 Mac lalu (S1 TK2023) masing-masing berjumlah RM643.5 juta dan RM75.8 juta.

Menurut Mah Sing, pendapatan itu merupakan peningkatan sebanyak 48.5 peratus daripada RM433.2 juta suku sama tahun sebelumnya, manakala PBT peningkatan 35.2 peratus daripada RM56 juta.

Pada suku dilaporkan Kumpulan merekodkan peningkatan 33.5 peratus jualan kepada RM600.6 juta daripada RM450 juta pada suku pertama TK2022.

“Mah Sing berada di landasan yang betul memenuhi sasaran jualan setahun penuh sekurang-kurangnya RM2.2 bilion, disokong oleh momentum jualan yang kukuh dan tumpuan strategik pada produk mampu milik M Series,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Mah Sing, pada tahun ini, Kumpulan menawarkan sebanyak 96 peratus hartanah kediaman berharga di bawah RM700,000 dan 65 peratus hartanah kediaman berharga di bawah RM500,000.

Antara projek yang bakal dilancarkan termasuk M Nova di Kepong dengan harga bermula daripada RM328,000; M Minori di Taman Seri Austin, Johor Bahru harga daripada RM260,000, M Senyum di Salak Tinggi berharga dari RM530,000; kediaman berkembar Meridin East di Johor Bahru (dari RM446,000); M Panora di Rawang (dari RM659,700) dan M Sinar di Southville City, Bangi (harga dari RM270,000).

Mengulas pencapaian itu, Pengasas dan Penagrah Urusan Kumpulan, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, pada suku dikaji, Kumpulan berjaya mencatatkan kadar ambilan antara 85 hingga 95 peratus untuk projek-projek dilancarkan.

Kata beliau, Kumpulan aktif melaksanakan pengisian semula perbankan tanah disokong oleh kunci kira-kira yang sihat dan
keyakinan yang tidak berbelah bahagi dalam penyampaian pemulihan pantas projeknya.

“Kami kekal aktif mencari tanah di lokasi strategik di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor untuk pembangunan hartanah kediaman dan perindustrian. Strategi ini disokong oleh kunci kira-kira yang sihat dan aliran tunai yang kukuh. Di samping itu, penggearan bersih kami bertambah baik kepada 0.20x pada akhir Mac 2023,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×