Lima langkah kenal pasti punca gangguan bekalan elektrik

Lima langkah kenal pasti punca gangguan bekalan elektrik

SEORANG kakitangan TNB memeriksa sebuah pencawang elektrik yang ditenggelami banjir di Terengganu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam usaha mempercepatkan tempoh pemulihan bekalan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan pengguna agar mempraktikkan lima langkah mudah untuk mengenal pasti gangguan yang berlaku bukan berpunca daripada kerosakan pada pendawaian di premis masing-masing.

Menurut TNB, lima langkah mudah itu memainkan peranan penting untuk memastikan pendawaian dalaman pengguna adalah dalam keadaan yang baik serta dapat membantu TNB memulihkan bekalan dengan lebih cepat sekiranya gangguan bekalan disebabkan kerosakan pada sistem TNB.

“Berdasarkan semakan kes gangguan bekalan elektrik pada musim perayaan, dianggarkan 60 peratus disebabkan masalah pendawaian dalaman (internal fault) pengguna.

“Sebelum menghubungi TNB CareLine di talian 15454 atau PM (Private Message) Facebook TNB CareLine, pengguna digalakkan untuk terlebih dahulu memeriksa jika jiran terdekat masih mempunyai elektrik,” katanya dalam kenyataan.

Jelas TNB, jika hanya premis anda yang tiada bekalan elektrik, berikut adalah langkah yang boleh anda lakukan sendiri (DIY) untuk mengenalpasti punca dan mengatasinya:

 

“Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda tidak memegang suis dengan tangan yang basah dan pastikan anda memakai kasut atau selipar getah semasa memegang suis RCCB,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×