PETALING JAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2023 diunjur pada tahap 4.0 ke 5.0 peratus, disokong keyakinan pelabur asing terhadap pentadbiran baharu kerajaan. Ia sekitar prestasi suku sama tahun lalu iaitu pada 5.0 peratus dan lebih rendah berbanding suku keempat 2022 yang mencatatkan pertumbuhan 7.1 peratus. Pensyarah kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, selepas mengalami kemelut politik yang berpanjangan,…










