JOHOR BAHRU: Sektor minyak dan gas (O&G) merekodkan pelaburan terkumpul sebanyak RM140 bilion sejak industri itu dimulakan secara aktif di negeri ini sejak awal tahun 2000. Pemangku Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Izhar Hifnei Ismail berkata, sebahagian besar daripada pelaburan itu dibuat di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) sejak 2012. Menurutnya, lokasi pelaburan lain sektor berkenaan di negeri ini termasuk di Pasir Gudang, Tanjung Langsat dan Tanjung Bin. “Setakat 31 Mac tahun ini, PIPC telah merekodkan jumlah pelaburan yang direalisasikan sebanyak RM124 bilion hasil daripada pelaburan-pelaburan termasuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya