Insect Feed Technologies mahu kembang operasi di Malaysia - Utusan Malaysia

Insect Feed Technologies mahu kembang operasi di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBANYAKAN pemain industri pertanian menggunakan baja kimia untuk meningkatkan hasil pengeluaran. Meskipun sudah ada yang menggunakan baja organik, namun, bilangannya masih kecil.

Selaras dengan kemajuan teknologi, baja dan makanan berasaskan serangga untuk meningkatkan hasil tanaman semula jadi dilihat masih baharu dalam negara.

Insect Feed Technologies dari Singapura, dengan sokongan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), antara syarikat terlibat dalam membangunkan teknologi yang berpotensi besar dalam penghasilan makanan secara mampan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sean Tan dalam temubual melalui e-mel, berkongsi dengan Utusan Malaysia mengenai bidang tersebut yang dibangunkan oleh syarikat berkenaan yang dilihat boleh mengubah industri pada masa hadapan.

=========

UTUSAN: Bagaimanakah anda mula menceburi perniagaan ini? Apakah yang mendorong anda untuk meneroka bidang ini?

SEAN TAN: Agar dapat mengerjakan sesuatu yang bermakna dan bermanfaat buat komuniti, Sean menyedari betapa pentingnya peranan serangga dalam sistem semulajadi  pengeluaran makanan. Jadi bersama pasukan saya, kami meneroka cara menggunakan teknologi untuk memelihara dan membiak lalat askar hitam untuk menyumbang kepada ekosistem makanan yang mampan.

Kami juga ingin menangani isu sisa makanan. Oleh itu, kami menggunakan semula sisa makanan yang boleh dikitar semula untuk dijadikan sebagai makanan untuk larva lalat askar hitam.

Melalui teknologi rawatan proprietari syarikat kami, pasukan kami menggunakan larva lalat askar hitam ini sebagai alternatif yang mampan dan lebih sihat untuk makanan haiwan, dan menggantikan baja kimia untuk tumbuhan.

 

Mengapakah apa yang anda sedang usahakan ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang mengubah industri?

Secara tradisinya, para petani dan golongan mempunyai tumbuhan bergantung pada baja kimia untuk pertumbuhan tumbuhan mereka, tetapi ramai tidak menyedari kesan toksik dalam jangka panjang kepada alam sekitar, tanah (soil), air dan biodiversiti sekiar serta manusia.

Bukan sahaja baja fras organik berasaskan serangga kami adalah alternatif yang lebih selamat dan holistik. Tetapi ia juga memberikan zat nutrisi penting yang disasarkan ke arah menyuburkan kembali tanah dan pertumbuhan untuk tumbuhan tersebut.

Larva lalat askar hitam kami berfungsi sebagai alternatif baharu kepada serbuk ikan, minyak sayuran, dan baja kimia yang masing-masing digunakan dalam penternakan ikan, makanan haiwan dan penternakan. Malah ia menggantikan sumber yang tidak mampan dan bukan organik dalam ekosistem makanan, dan bertindak sebagai sumber bertenaga tinggi.

Bagaimanakah Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) menyokong usaha anda?

MRANTI telah menyediakan Insect Feed Technologies dengan penyelidikan dan analisis pasaran untuk industri pengeluaran protein serangga

Bagaimanakah perniagaan anda sepanjang 12 bulan yang lalu? Bolehkah anda berkongsi jumlah yang dicapai tahun lepas, dan apakah sasaran serta pelan hala tuju anda untuk tahun ini?

Kami dalam usaha mengeksport produk kami melalui kerjasama niaga di Kanada, Kesatuan Eropah (EU), Australia, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam beberapa bulan akan datang.

Antara kejayaan dan pengiktirafan yang kami capai setakat ini ialah: Top 12 Finalist in the UAE FoodTech Challenge 2023, Spirit-of-Enterprise- EVORICH Sustainability Award 2022,  Worlds Summit Young Leader 2022, Singapore-Pavillion Partner for COP27,  National Environment Agency Singapore Food Resource Valorization Award 2021 dan President’s Social Enterprise Start-up Award 2021 (Singapore)

Apakah antara faktor yang memberikan keyakinan buat anda bahawa ia akan menjadi realiti?

Kami telah bekerjasama dengan institusi terkemuka seperti Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) Singapura, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura, Agensi Makanan Singapura, Taman Negara Singapura, dan banyak lagi untuk menyokong pengeluaran dan visi mampan kami untuk mencapai ekonomi kitaran.

 

Boleh kongsikan tentang usaha niaga anda di Malaysia…

Kami berhasrat untuk mengembangkan pengeluaran melalui kilang baharu di Johor Bahru pada Mei – 20,000 kaki persegi dengan kapasiti memproses 20 tan sisa makanan setiap hari, yang akan diperluaskan kepada 40,000 kaki persegi menjelang akhir tahun ini.

Kami bersedia untuk menterjemah butiran dan bahan ramuan ke dalam bahasa tempatan untuk menjadikannya lebih mudah diakses oleh pelanggan.

 

Apakah jenis rakan kongsi komersial yang anda cari di Malaysia? Dan setakat ini, apakah model perkongsian perniagaan yang berjaya untuk anda?

Model perkongsian yang dijalankan setakat ini ialah: Pelabur, Usahawan yang berminat untuk menubuhkan fasiliti lalat askar hitam mereka sendiri, Pengeluar makanan untuk haiwan peliharaan dan Pengedar makanan untuk haiwan peliharaan

Adakah anda sudah mula mengeksport produk anda ke negara lain?

Kami dalam perbincangan peringkat akhir untuk mengeksport larva kering kami ke Kanada, Amerika Syarikat, EU dan Australia

Sejauh manakah produk anda selamat untuk dimakan? Bagaimanakah anda memastikan kualiti terutamanya jika lalat tersebut memakan sisa / sebatian organik?

Kami diperakui oleh Agensi Makanan Singapura untuk memenuhi piawaian kebersihan dan kebolehkesanan yang paling ketat, dengan lesen untuk mengilang baja organik

Disahkan oleh Lembaga Taman Negara Singapura dan Perkhidmatan Veterinar Haiwan untuk mengeksport larva ke EU, Australia dan Malaysia

Larva lalat askar hitam kami hanya diberi makan dengan bahan berasaskan sayuran, seperti kacang soya dan bijirin, oleh itu lebih memberi nilai untuk profil pemakanan yang seimbang.

Boleh kongsikan dengan kami langkah-langkah utama proses pembuatan tersebut?

Untuk larva kering kami, disebabkan larva lalat askar hitam hanya memerlukan beberapa hari sahaja untuk membesar ke potensi sepenuhnya, kami dapat membiakannya dengan cekap dan menukarkannya menjadi produk kami.

 

Apakah ciri yang menjadikan produk anda tersendiri?

Baja fras: Memberi manfaat buat tanah dan tumbuhan, berbanding baja tradisional yang hanya menyasarkan tumbuhan, Menyuburkan tanah dan membantu penjanaan semula dan Sifat biostimulan untuk membantu dalam perkembangan dan pembesaran tumbuhan

Bagaimanakah setiap produk ini digunakan untuk pengeluaran makanan, farmaseutikal, dan lain-lain?

Produk untuk kegunaan komersial (B2B)

  1. Baja BetterFly X1 Frass. Digunakan secara komersial untuk pertanian, Diedarkan oleh dusun-dusun atau penjual tumbuhan
  2. Inxec Feed larva lalat askar hitam kering penuh.  Digunakan untuk makanan ayam dan haiwan ternakan komersil, Diedarkan oleh pengedar makanan haiwan peliharaan.
  3. Inxec Feed Makanan protein larva lalat askar hitam. Digunakan oleh pengeluar makanan haiwan peliharaan dan diproses menjadi makanan atau snek haiwan peliharaan.
  4. Inxec Feed minyak larva lalat askar hitam. Digunakan oleh pengeluar makanan haiwan peliharaan dan diproses menjadi makanan atau snek haiwan peliharaan.

 

Produk untuk pengguna (B2C)

  1. Baja BetterFly X1 Frass. Digunakan oleh petani bandar, peminat tumbuhan atau pengguna yang mengerjakan taman.
  2. Inxec Feed larva lalat askar hitam kering penuh. Digunakan untuk sebahagian daripada makanan atau snek untuk haiwan kesayangan seperti burung, hamster, chinchilla dan banyak lagi. Berbanding dengan makanan haiwan peliharaan tradisional, produk larva kami tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna dan bebas GMO.

 

Apakah kelebihan syarikat anda yang membuatkan syarikat ini lain daripada pesaing di pasaran?

Teknologi prarawatan sisa enzimatik proprietari untuk pra-rawatan buat aliran sisa yang lain, seperti sisa pertanian, yang kebanyakan syarikat pemula tidak mempunyai keupayaan untuk melakukannya

R&D termaju dalam bioteknologi serangga (pelaburan dalam penyelidikan zooteknikal dan entomologi)

Kerjasama pembangunan produk dengan penyelidikan terkemuka dan institusi kerajaan Singapura (Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) Singapura, Politeknik Republik, Agensi Makanan Singapura,)

Sokongan daripada agensi kerajaan Malaysia – MRANTI

Berapa besarkah pembiayaan yang telah anda kumpulkan, pelabur utama, dan apakah sasaran dana seterusnya serta bila?

Kami telah berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya SGD$1 juta (RM3.36 juta) dari segi pelaburan terus, dan telah menerima sekurang-kurangnya SGD$1.5 juta (RM5.03 juta) dalam bentuk geran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.