HSBC Amanah raih anugerah Bank Islam Antarabangsa Terbaik

HSBC Amanah raih anugerah Bank Islam Antarabangsa Terbaik Euromoney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: HSBC Amanah Malaysia Berhad (HSBC Amanah) dinobatkan sebagai Bank Islam Antarabangsa Terbaik 2023 di Euromoney Islamic Finance Awards.

Anugerah terbaik dunia oleh Euromoney itu mengiktiraf kelebihan HSBC Amanah dalam beberapa kategori termasuk urus niaga rentas sempadan, pembiayaan perkhidmatan yang ditawarkan dan pasaran modal.

Di samping kelebihan dari segi pembiayaannya, HSBC Amanah juga diiktiraf oleh Euromoney untuk rangkaian instrumen lindung nilai patuh Syariah yang kukuh, termasuk opsyen dan hadapan pertukaran asing, swap kadar keuntungan dan swap silang mata wang serta platform lapisan FX Islamnya yang membolehkan pengurus dana mengautomasikan program lindung nilai.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Amanah, Raja Amir Shah Raja Azwa berkata, HSBC Amanah amat berbesar hati menerima anugerah berprestij itu kerana ia merupakan satu pengiktirafan yang mengukuhkan komitmen dan ketabahan pasukan untuk sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi.

“Kami berbangga kerana telah merintis, menstruktur dan mengurus pelbagai urus niaga sukuk dan pembiayaan yang telah meraih anugerah bagi pihak pelanggan kami, menawarkan rangkaian penyelesaian pembiayaan patuh Syariah yang tiada tandingan yang membantu mereka dengan pelbagai peluang.

“Ini meliputi pelanggan Perbankan Kekayaan dan Peribadi kami dan keupayaan kami untuk mencapai matlamat khusus mereka melalui pelbagai perkhidmatan pengurusan kekayaan Islam HSBC Amanah yang diperkasakan oleh
teknologi digital,” katanya dalam kenyataan.

HSBC Amanah juga mematuhi piawaian etika tertinggi dan merupakan penggak utama inisiatif kemampanan dalam industri kewangan Islam di Malaysia sebagai ahli pertama bagi Komuniti Pengamal Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI), satu inisiatif
yang diterajui oleh Bank Negara Malaysia (BNM).  Bank juga merupakan yang pertama menerbitkan Rangka Kerja Triple Bottom Line untuk pembiayaannya sejajar dengan prinsip VBI.

“Apa yang penting bagi kami di HSBC Amanah ialah kami terus kekal komited dan menyumbang kepada usaha Kerajaan Malaysia untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam global.

“Kami juga berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Bersama Perubahan Iklim BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), yang mempengerusikan jawatankuasa kecil inisiatif untuk megadakan libat urus dan melatih pihak berkepentingan dalam sektor kewangan di Malaysia mengenai daya tahan iklim dan peralihan ke arah ekonomi rendah karbon.

“Inisiatif perkongsian pengetahuan dan pembangunan kapasiti ini akan membantu pihak berkepentingan industri menerapkan pertimbangan ESG dalam aktiviti perniagaan mereka untuk kebaikan manusia dan planet kita,” kata Raja Amir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×