HAS dianugerah pembekal perkhidmatan Airbus H175

HAS dianugerah pembekal perkhidmatan Airbus H175 untuk sektor O&G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: HAS International Sdn. Bhd. (HAS) menerima pengiktirafan daripada Airbus Helicopter Malaysia (AHM) atas kejayaannya sebagai pembekal perkhidmatan helikopter luar pesisir H175 pertama kepada sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia.

Pengiktirafan itu diberikan kepada HAS sebaik sahaja ketibaan sekumpulan pesawat H175 di pangkalannya di Miri, yang beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan utama sektor O&G di Sarawak sejak 1 April 2023.

Penggunaan H175 juga menandakan syarikat sebagai penyedia perkhidmatan perintis untuk mengendalikan pesawat kelas utama bagi sektor O&G di Asia Selatan.

Pengarah Urusan yang juga Pengasas HAS, Hasery Bakar menerima anugerah bagi pihak syarikat di majlis AHM sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 23).

“Kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Airbus Helicopter Malaysia atas penghormatan ini.
Pengiktirafan ini mencerminkan titik permulaan baharu untuk perkhidmatan O&G Malaysia dan kami akan terus berusaha demi mengekalkan kualiti yang tinggi bagi standard perkhidmatan dan keselamatan untuk industri,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pencapaian itu hasil komitmen dan usaha syarikat untuk memanfaatkan teknologi canggih bagi margin keselamatan yang lebih tinggi.

“Apabila kami memperluaskan operasi dari Labuan ke Miri tahun lalu, H175 merupakan pilihan yang jelas bagi kami bukan kerana saiz dan kapasitinya tetapi kami lebih tertarik kepada keupayaan intuitif keselamatannya.

“Lebih-lebih lagi, keselamatan adalah tanggungjawab kami dan setiap penerbangan merupakan misi untuk menghantar kakitangan pelanggan kami dengan selamat dan terjamin,” jelas beliau.

Tambahnya, HAS berpegang kepada kepercayaan yang telah diberikan dan berterima kasih kepada Hornbill Skyways Sdn. Bhd. sebagai pemilik kontrak Penyediaan Perkhidmatan Helikopter Luar Pesisir untuk Operasi Miri dan pelanggan O&G HAS atas
keyakinan mereka terhadap syarikat.

“Dengan pengetahuan, kepakaran dan pengetahuan operasi kami dalam perkhidmatan helikopter luar pesisir yang terkumpul sejak 10 tahun lepas, kami berharap untuk terus memainkan peranan aktif dalam menyumbang kepada sektor ini dan meningkatkan nilai perkhidmatan kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN