Gloria Jean’s Coffees sasar 80 cawangan dalam tempoh lima tahun

Gloria Jean’s Coffees sasar 80 cawangan dalam tempoh lima tahun

HAZIMAH Zainuddin (tengah) pada majlis pelancaran cawangan Gloria Jean’s Coffees ke-47 di Conezion IOI Resort City Putrajaya, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya, Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd. (WLSB) menyasarkan pembukaan 80 cawangan baharu Gloria Jean’s Coffees dalam tempoh lima tahun.

WLSB merupakan pemegang francais induk jenama Gloria Jean’s Coffees.

Terbaharu, Gloria Jean’s Coffees meluaskan sayap rangkaiannya dengan membuka cawangan ke-47 di Conezion IOI Resort City Putrajaya. Pembukaan cawangan itu disempurnakan oleh Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin.

Hazimah berkata, bakal usahawan perlu merebut peluang untuk menceburi industri kopi premium seperti Gloria Jean’s Coffees.

Katanya, Gloria Jean’s Coffees menawarkan peluang kerjaya untuk menjadi francaisi di mana jenama itu merupakan satu-satunya jenama gourmet coffee antarabangsa yang menawarkan sistem francais di Malaysia, menggalakkan lebih ramai menceburi bidang itu, seterusnya bergelar coffeepreneur.

“Pernas menyediakan khidmat nasihat, pembiayaan dan program latihan bagi membantu bakal usahawan yang berminat untuk meneroka bidang perniagaan Gloria Jean’s Coffees. Pernas menyediakan skim pinjaman pembiayaan sehingga 70 peratus (tertakluk pada terma dan syarat) kepada bakal usahawan baharu,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada 45 usahawan kopi Gloria Jean’s Coffees dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM13 juta.

Gloria Jean’s Coffees menawarkan tiga konsep francais kepada yang berminat untuk menceburi perniagaan itu iaitu konsep lot kedai, kios dan coffee cart. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN