PETALING JAYA: Eversendai Corporation Bhd. (Eversendai) memperoleh sembilan projek baharu bernilai RM1.1 bilion daripada anak syarikatnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Arab Saudi, India dan Singapura. Eversendai dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran syarikat berkenaan meramalkan 2023 sebagai tahun pemulihan dan daya tahan selepas impak pandemik Covid-19 ke atas kumpulan berkenaan. “Dengan tunggakan semasa buku pesanan baharu telah dijamin dan keseluruhan prospek pasaran…