PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar yang perlahan pada suku ketiga 2023, dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan 110.1 mata pada Mac lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Jabatan itu berkata, ekonomi Malaysia dijangka tumbuh dengan kadar perlahan pada beberapa bulan ke hadapan berdasarkan IP yang menyusut 1.2 peratus kepada 110.1 mata pada Mac 2023 daripada 111.4 mata pada Mac 2022. Jelasnya, prestasi IP terjejas disebabkan oleh penurunan yang ketara dalam Import Benar Semi Konduktor dan Indeks Perusahaan Bursa Malaysia. “Perubahan bulanan IP juga mencatatkan penurunan sebanyak 1.1 peratus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya