PETALING JAYA: Deleum Berhad akan menumpukan kepada pertumbuhan hasil dirangsang oleh unjuran peningkatan perbelanjaan modal global dalam sektor minyak dan gas (O&G), berpunca daripada permintaan kukuh bagi tenaga fosil. Pembekal perkhidmatan O&G itu berhasrat untuk meluaskan penawaran produk dan perkhidmatan serta kehadiran serantaunya. Deleum akan terus melabur dalam proses dan sistem untuk menyepadukan perkhidmatannya pada platform yang lancar dan mantap, meningkatkan kapasiti syarikat untuk memenuhi keperluan pelanggannya. Ketua Pegawai Eksekutif…










