Datasonic terima lanjutan kontrak daripada KDN - Utusan Malaysia

Datasonic terima lanjutan kontrak daripada KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datasonic Group Berhad menerima lanjutan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga 30 November 2023 dengan nilai tambahan sebanyak RM9.9 juta.

Kumpulan itu menerima surat anugerah (LOE) pada 29 Mei 2023 daripada KDN berhubung pindaan kontrak perkhidmatan penyelenggaraan komprehensif pusat pemperibadian kad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Datasonic berkata, lanjutan kontrak serta nilai tambahan itu melibatkan pertukaran pelbagai perkakasan dan perisian untuk pengeluaran kad untuk ibu pejabat dan cawangan JPN pembaharuan lesen perisian dan perkhidmatan sokongan teknikal.

“Nilai kontrak asal adalah sebanyak RM39.75 juta dan nilai tambahan adalah sebanyak RM9.9 juta menjadikan jumlah keseluruhannya RM49.68 juta termasuk 6.0 peratus cukai perkhidmatan dan jualan.

“Di bawah terma baharu, kumpulan itu dikehendaki memberikan bon prestasi berjumlah RM993,764.42 kepada KDN dengan tempoh sah laku dilanjutkan sehingga 30 November 2024,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Tahun lalu, anak syarikat kumpulan itu, Datasonic Technologies Sdn. Bhd. telah menerima kontrak daripada KDN bernilai RM140 juta untuk membekalkan kad pekerja asing (I-Kad) kepada Jabatan Imigresen.

Kontrak itu adalah untuk tempoh 36 bulan bermula 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2025.

Di bawah kontrak itu, Datasonic Technologies dikehendaki mengemukakan bon prestasi RM2.33 juta kepada kementerian dengan tempoh sah bermula dari 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2026.

Perubahan dalam nilai kontrak dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

Bagaimanapun, ia tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama kumpulan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya