PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, di tengah-tengah laporan bahawa penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) menghampiri persetujuan untuk menaikkan siling hutang negara itu. Memetik laporan Bernama, pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 0.49 mata kepada 1,403.47, daripada 1,402.98 pada penutup Jumaat. Indeks barometer dibuka 2.49 mata lebih kukuh pada 1,405.47. Pasaran yang lebih luas menyaksikan, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 186 berbanding 163,…










