PETALING JAYA: Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) AMMB Holdings Bhd. (AmBank Group) meningkat 15.5 peratus kepada RM1.735 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023. AmBank Group dalam satu kenyataan berkata, jumlah pendapatannya turut meningkat 1.6 peratus kepada RM4.737 bilion disokong peningkatan 8.1 peratus dalam pendapatan faedah bersih (NII) berikutan pertumbuhan pinjaman yang lebih kukuh dan meluas sebanyak 8.5 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir, berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sihat sebanyak 8.7 peratus pada 2022 menunjukkan ekonomi Malaysia sedang melantun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya