Airbus, TUDM rai 10 tahun kecemerlangan operasi armada H225M

Airbus, TUDM rai 10 tahun kecemerlangan operasi armada H225M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Airbus Helicopters (Airbus) telah mengadakan upacara di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA23) untuk meraikan 10 tahun operasi armada H225M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Acara itu turut dihadiri Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan, ditemani Lt. Kol. Paranjothi Manogharan.

Pada acara tersebut, Ketua Asia-Pasifik Airbus Helicopters, Vincent Dubrule, telah menyampaikan anugerah kepada Panglima TUDM untuk meraikan kejayaan yang dicapai.

Menurut Airbus, TUDM kekal menjadi pengendali ketenteraan H225M tertinggi di dunia.

Jelasnya, fleet helikopter H225M TUDM sebanyak 12 unit telah berkhidmat semenjak 2012.

“Direka untuk misi yang mencabar, fleet tersebut telah mengambil bahagian dalam pelbagai latihan dan misi kemanusiaan, termasuk operasi penyelamatan banjir dan operasi menyelamatkan nyawa. Secara keseluruhan, mereka telah mencapai lebih daripada 30,000 jam penerbangan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, sebagai aset tempur pelbagai fungsi dan serba boleh yang terbukti, H225M membolehkan pasukan tentera dihantar ke mana sahaja pada bila-bila masa diperlukan.

Kini, kira-kira 160 H225M berkhidmat di seluruh dunia. Selain Malaysia, H225M juga digunakan oleh Brazil, Perancis, Indonesia, Mexico, Kuwait, Singapura, dan Thailand untuk menyokong dan melaksanakan misi mereka yang paling mencabar.

Airbus adalah rakan strategik Malaysia di bidang aeroangkasa sejak 1978. Selain daripada kejayaan komersial, Airbus juga mempunyai perkongsian perindustrian yang kuat dengan Malaysia.

Ia memainkan peranan penting dalam membina, menyokong dan melabur dalam ekosistem penerbangan dan aeroangkasa Malaysia.

Malaysia adalah pangkalan pembekal terbesar untuk Airbus di Asia Tengara, melalui firma aeroangkasa yang membina pelbagai komponent melintasi product syarikat. Airbus juga menyediakan perkhidmatan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) dan melibatkan dirinya dengan aktiviti penyelidikan dan teknologi (R&T) tempatan.

Untuk pesawat komersial, Malaysia merupakan pasaran ketiga terbesar Airbus di rantau Asia Pasifik selepas China dan India.

Syarikat-syarikat penerbangan Malaysia menempah lebih daripada 680 pesawat komersial daripada Airbus dan sekitar 300 pesawat ada dalam perkhidmatan hari ini. Pesawat-pesawat Airbus yang dikendalikan di negara ini terdiri daripada pesawat lorong
tunggal A320 hingga ke armada badan lebar A350 yang beroperasi dengan pelanggan utamanya Malaysia Airlines dan AirAsia Group.

Bagi helikopter pula, Airbus mengetuai segmen rotokraf Malaysia dengan hamper 100 helikopter dalam perkhidmatan di Malayisa kini. Ia termasuk armada pelbagai peranan helikopter H225M TUDM, pesawat AS555SN Fennec Tentera Laut DiRaja
Malaysia (TLDM), dan armada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) AS355. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN