CTRM dianugerah kontrak baharu RM3.4 bilion komponen Airbus

CTRM dianugerah kontrak baharu RM3.4 bilion komponen Airbus

TENGKU ZAFRUL Tengku Abdul Aziz menyempurnakan Majlis Perasmian B6 milik CTRM di Batu Berendam, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Anak syarikat DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM), Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) mencipta kejayaan tersendiri selepas berjaya mengikat kontrak baharu dengan nilai kumulatif bernilai RM6.64 bilion sehingga 2030 bagi pembuatan komponen syarikat penerbangan Airbus.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keyakinan Airbus itu membuktikan kemampuan CTRM selaku pene­raju tempatan untuk teknologi komposit industri aeroangkasa.

Beliau berkata, kejayaan itu juga mencerminkan pandangan dunia terhadap landskap industri aeroangkasa Malaysia yang stabil dan kondusif sebagai rantaian bekalan global.

“Hari ini saya mengumumkan CTRM telah dianugerahkan sebuah kontrak baharu bagi pembuatan atau pengeluaran komponen aero kepada beberapa vendor tier 1 atau tahap satu yang membekal kepada syarikat kapal terbang bertaraf global iaitu Airbus.

“Nilai kontrak baharu CTRM ini adalah RM3.4 bilion bagi tempoh 2022 sehingga 2030, dengan nilai kontrak secara kumulatif adalah RM6.64 bilion,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bangunan 6 (B6) milik CTRM di Batu Berendam di sini, hari ini.

Tambah Tengku Zafrul, penyambungan kontrak itu juga bakal meningkatkan perolehan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui rantaian bekalan domestik hampir 25 peratus.

Jelasnya, buat masa ini sebanyak 84 peratus pendapatan CTRM merupakan hasil perolehan daripada Airbus, manakala kira-kira 11 peratus disumbang oleh Boeing.

“CTRM dijangka akan menambah pekerja berkemahiran teknikal sebanyak 24 peratus iaitu sekitar 300 sehingga 400 orang dalam tempoh tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya