KUALA LUMPUR: Pusat Rel Asia Universiti Kuala Lumpur (UniKL) memeterai kerjasama dengan Institution of Signal Engineers (IRSE), United Kingdom bagi menawarkan kursus peringkat diploma lanjutan dan sijil kompetensi. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga Pro Canselor UniKL, Datuk Dr. Asyraf Wajdi berkata, kerjasama itu membolehkan program yang ditawar menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Menurut Asyraf, pengiktirafan yang diberikan itu bakal menarik minat bukan sahaja pelajar tempatan malah antarabangsa untuk…









