UDA salur sumbangan zakat wakalah RM31,500 kepada anak yatim, asnaf - Utusan Malaysia

UDA salur sumbangan zakat wakalah RM31,500 kepada anak yatim, asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UDA Holdings Berhad (UDA) menyalurkan sumbangan wang zakat wakalah berjumlah RM31,500 kepada anak asnaf dan anak yatim sempena Majlis Berbuka Puasa UDA di Angsana Johor Bahru Mall, baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr Mohd. Salem Kailany berkata, wang zakat menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares tersebut disalurkan kepada 90 anak asnaf dan anak yatim daripada Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh.

Katanya, sumbangan tersebut diharapkan dapat memberikan makna yang besar dan mampu mengukir senyuman keceriaan menjelang Syawal pada tahun ini.

“Inisiatif UDA Cares ini juga merupakan tanda penghargaan dan terima kasih UDA kepada semua pihak yang sentiasa mempercayai dan menyokong UDA sehingga lima dekad lamanya.

“UDA akan terus mengukuhkan fungsi dan peranan dalam setiap segmen perniagaannya, seterusnya bergerak ke arah kelestarian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Aset Kumpulan UDA, Azrudyn Rashid yang mewakili Mohd. Salem telah menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan tersebut.

Tambahnya, setiap seorang menerima sumbangan berjumlah RM350 yang berupa duit raya, baju raya dan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri.

Jelasnya, anak-anak tersebut turut berpeluang membeli baju raya serta persiapan menjelang lebaran di Angsana Johor Bahru Mall yang merupakan salah sebuah kompleks beli-belah di bawah seliaan UDA.

Dalam pada itu, UDA berkata, pada 28 Mac lalu, syarikat menghulurkan sumbangan zakat sebanyak RM58,000 kepada lima buah pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Lembah Klang serta menyantuni anak asnaf dan anak yatim dalam Majlis Berbuka Puasa UDA Bersama Media di Dome, Boathouse, Ampang.

Inisiatif UDA Cares ini juga selari dengan konsep penjenamaan UDA iaitu ‘LIFE’ yang menekankan kepada ciri-ciri seperti Legacy (Legasi), Integrated (Integrasi), Finesse (Ketelitian) dan Enrich (Memperkasa). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya